AYER KEROH – Kerajaan Negeri Melaka telah menerima sebanyak 700 bungkusan Kit Makanan yang disumbangkan oleh Green Aim Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengurus Pemasarannya, Encik Edison Chan di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, Melaka.

Kerajaan Negeri Melaka mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan sumbangan daripada wakil agensi serta syarikat untuk terus menyumbang dalam usaha membantu rakyat Negeri Melaka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Sumber : FB Ketua Menteri Melaka
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua