PROGRAM IMUNISASI INDUSTRI COVID-19 KERJASAMA AWAM-SWASTA (PIKAS)

MELAKA – YAB Ketua Menteri Melaka berkesempatan melawat pembukaan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di Texas Instruments Electronics Sdn Bhd Malaysia, Melaka (TIEM) dan Infineon Technologies (M) Sdn Bhd.
TIEM dan Infineon Technologies (M) Sdn Bhd adalah Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Industri di tapak lokasi premis (on-site) yang diluluskan oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Melaka dan CITF Persekutuan, manakala satu PPV Industri Umum di Pusat Konvensyen Bayou, Bukit Katil.
PPV Industri ini adalah merupakan insiatif oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang mensasarkan golongan pekerja industri pembuatan melalui PIKAS.
Objektif program kerjasama awam-swasta ini adalah untuk memudahkan usaha Kerajaan bagi mempercepatkan vaksinasi untuk rakyat dan mencapai imuniti kelompok (herd immunity) dengan meningkatkan pengambilan vaksinasi dalam kalangan tenaga kerja di Malaysia dan mengurangkan bilangan kluster COVID-19 dalam kelompok tempat kerja.
YAB Ketua Menteri amat berpuas hati dengan prosedur dan kemudahan selesa di PPV Industri di
TIEM yang memulakan operasinya hari ini, di mana seramai 450 pekerja TIEM dijangka divaksin hari ini (12 Julai 2021) daripada keseluruhan 1,946 pekerja.
Beliau juga berkesempatan meninjau persediaan PPV Industri di Infineon Technologies (M) Sdn Bhd yang akan bermula pada 19 Julai ini, dengan kira-kira 1,000 orang pekerja boleh divaksin dalam sehari daripada keseluruhan 10,000 pekerjanya.
Di Melaka, kira-kira 160,000 hingga 180,000 pekerja di sektor pembuatan yang perlu diberi vaksin dan dipercayai menjadi sebahagian daripada “herd community” atau komuniti kelompok di Melaka.
Kerajaan Negeri Melaka menyokong inisiatif pengoperasian PIKAS oleh MITI dan MIDA untuk melaksanakan program PIKAS ini di Melaka.
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
Sumber: FB Ketua Menteri Melaka

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …