UJIAN SARINGAN PKPD TAMAN MEWAH, ALOR GAJAH

Alor Gajah, 7 Julai – Petugas dan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah telah menjalankan ujian saringan ke atas hampir 1,000 orang penduduk yang tinggal di kawasan tersebut. Ujian saringan yang bermula pada hari Selasa yang lalu akan berakhir pada hari Rabu melibatkan pekerja-pekerja dari sektor perindustrian yang menghuni di kawasan perumahan Taman Mewah.

 

 

Penghuni Flat Taman Mewah memberikan kerjasama kepada petugas PKD Alor Gajah

PKPD Taman Mewah, Alor Gajah dilaksanakan berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai 2021. Pelaksanaan itu berikutan peningkatan sebanyak 55 kes positif COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut. PKPD di kawasan ini yang melibatkan pekerja-pekerja warga asing dari sektor perindustrian. Pelaksanaan PKPD adalah bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

#staysafe #stayhome #MenangBersama

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …