CYDES 2021: Menyemai Ketahanan di Ruang Siber

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dengan kerjasama Alpine Integrated Solution Sdn Bhd telah menganjurkan Cyber Defense & Security Exhibition and Conference (CYDES) 2021, dari 28 hingga 30 Jun 2021 dalam format maya sepenuhnya. CYDES 2021 melengkapi Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2020-2024 yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 12 Oktober 2020 dengan menyatukan pakar serta produk dari tempatan dan antarabangsa dalam keselamatan siber untuk mewujudkan pendekatan bersepadu dalam menjayakan inisiatif MCSS.

Majlis Pembukaan CYDES 2021 telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada hari pertama, dan seterusnya disusuli dengan ASEAN Cybersecurity Forum (ACSF). ACSF merupakan satu platform perbincangan di antara negara-negara ASEAN yang melibatkan pakar dari seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, Australia, Rusia, Singapura dan sebagainya. Lebih 33 negara yang terlibat, membincangkan 11 norma tingkah laku negara di ruang siber. United Nation Group of Governmental Experts (UNGGE) telah mencadangkan 11 norma sukarela (voluntary, non-binding) ini, yang boleh dilaksanakan di peringkat negara dan ASEAN. Disamping ACSF, CYDES 2021 juga menganjurkan Malaysia Cyber Security Strategy (MCSS) Forum dengan 12 sesi trek yang diantaranya: Zero Trust, Aviation, Ransomware, Digital Transformation dan 5G Security.

Selain itu, YB Menteri Kanan Pertahanan Malaysia juga telah melancarkan Program MATRIX Keselamatan Siber bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) pada hari pertama CYDES 2021. Pelaksanaan program bagi menangani ancaman siber memerlukan penyelarasan secara strategik dan kolektif, di mana setiap agensi perlu memahami peranan masing-masing dalam menangani ancaman siber yang lebih berkesan. Oleh itu, NACSA, SME Corp dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berkolaborasi untuk membangunkan satu program baharu yang dinamakan MATRIX, yang bertujuan untuk melindungi PKS dalam pelaksanaan perniagaan yang berlandaskan platform digital. Perlindungan ke atas PKS perlu diutamakan dalam memastikan agenda pendigital negara berjaya. Sehubungan itu, program MATRIX ini akan membantu melindungi PKS dan seterusnya melonjakkan perkembangan industri tempatan.

Acara CYDES selama tiga hari secara maya itu telah dipenuhi dengan sesi forum, wawancara, cyber podium, networking session, sesi dialog dan banyak lagi. Walaupun keadaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak membenarkan pameran dan persidangan secara bersua muka, acara maya CYDES 2021 menawarkan peluang kepada peserta untuk meneruskan persidangan secara norma baharu dengan menghadiri dan mengambil bahagian tanpa batasan, walaupun dalam tempoh PKP.

Artikel/Berita Terkini

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA Datuk Seri Anwar Ibrahim …
Maklumat Lanjut