PERSIAPAN PELAKSANAAN PKPD TAMAN MEWAH, ALOR GAJAH

2 Julai, Kelemak – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Mewah,  Alor Gajah akan dilaksanakan berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai 2021. Pelaksanaan itu berikutan peningkatan sebanyak 55 kes positif COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kawasan ini yang melibatkan pekerja-pekerja warga asing dari sektor perindustrian.

Pelaksanaan PKPD adalah bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

Wakil jabatan/agensi yang terlibat bagi persiapan PKPD Taman Mewah

Anggota ATM sedang membuat persiapan di kawasan PKPD

#Staysafe #MelakaPatuhSOP #PKPDTamanMewah

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …