PKPD 2 LOKALITI DI KUALA LUMPUR (26/6/2021 – 9/7/2021)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan situasi COVID-19 di dua (2) lokaliti di WP Kuala Lumpur melibatkan:-

  • Kampung Segambut Dalam, Segambut; dan
  • Jalan Kubur, Pantai Dalam.

KKM melaporkan terdapat peningkatan ketara kes positif COVID-19 dalam masa yang singkat apabila sebanyak 78 kes positif direkodkan daripada 646 saringan di Kampung Segambut Dalam, Segambut. Manakala sebanyak 53 kes positif dilaporkan hasil ujian saringan ke atas 79 orang di Jalan Kubur, Pantai Dalam.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 2 lokaliti di WP Kuala Lumpur seperti yang dinyatakan bermula 26 Jun 2021 hingga 9 Julai 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan ke kawasan lain.

 

Kampung Segambut Dalam, Segambut

 

Jalan Kubur, Pantai Dalam

Gambar Ihsan : Jabatan Penerangan WPKL, Air Times News Network dan Malaysia Gazette

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …