OPERASI BERSEPADU SOP COVID-19 TAPAK BINA

 

Satu Operasi Penguatkuasaan CIDB Kuala Lumpur bersama agensi penguatkuasaan yang berkaitan ke atas sebuah tapak pembinaan bangunan telah dilakukan di Mukim Batu, Kuala Lumpur. Tapak bina tersebut telah diarahkan untuk menghentikan operasi serta merta atas kesalahan tidak patuh SOP PKP 3.0 dan lain-lain kesalahan yang berkaitan seperti berikut:

 

Kesalahan dan tindakan :-

CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Rumah penginapan pekerja yang disediakan di tapak bina tiada kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Tindakan –

  1. Notis N3E/2021 Telah Dikeluarkan Kepada Kepada Kontraktor Utama (Notis Pelanggaran Kewajipan Kontraktor) Dan Menarik Balik Surat Kebenaran Beroperasi MITI
  2. Notis N2/2015 Telah Dikeluarkan Kepada Kepada Kontraktor Utama (Notis Pengemukaan Maklumat Mengenai Industri Pembinaan)

 

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Mengeluarkan 3 Notis :-

1.Seksyen 24d Akta 446

  1. rumah penginapan pekerja yang disediakan perlu diselenggara Dalam Tempoh 14 Hari

3.Gagal Menyediakan Penginapan Pekerja di tapak bina

 

 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

  • Mengeluarkan kompaun RM2,000.00 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 Seksyen 69 – Mengalirkan Cecair Kedalam Longkang Awam
  • Mengeluarkan satu notis dibawah Seksyen 80 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 – Meletakkan Kabin Tanpa Kelulusan

 

PERINGATAN

Mana-mana kontraktor yang melanggar peruntukan Akta 520 dan atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain termasuk Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dan Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990), boleh dibawa ke prosiding tindakan tatatertib kontraktor yang boleh dikenakan penggantungan dan/atau pembatalan Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan/atau dikenakan penalti tidak melebihi RM500,000.00 dan/dikeluarkan mana-mana arahan yang wajar dari CIDB.

 

Penggiat industri pembinaan perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP 3.0 terkini yang boleh dimuat turun dari www.cidb.gov.my. CIDB boleh menutup tapak pembinaan yang didapati tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

 

Ketahui berita-berita pembinaan di Telegram rasmi CIDB Malaysia https://t.me/cidbmy atau hubungi hotline CIDB di 03-5567 3300 untuk sebarang pertanyaan atau laporan yang meragukan di kawasan tapak bina.

 

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut