LAWATAN KERJA PERDANA MENTERI KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DEWAN MUAFAKAT BUKIT GAMBIR, TANGKAK

TANGKAK, 22 Jun 2021 – YAB Perdana Menteri dalam Lawatan Kerja ke Daerah Muar dan Tangkak, telah meninjau proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat Gambir, Tangkak.

Pembukaan PPV ini beroperasi dengan sasaran 400 orang penerima sehari akan memberi lebih peluang kepada penduduk daerah Tangkak dan sekitarnya untuk menerima suntikan vaksin. Turut mengiringi lawatan Perdana Menteri ialah Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Ketua Polis Negeri Johor, , ADUN Bukit Kepong, dan Pegawai Daerah Muar. Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor juga telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV Dewan Muafakat Bukit Gambir, Tangkak.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan komorbid dan luar bandar sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar: MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …