Cyber Defence & Security Exhibition and Conference (CYDES) 2021

 

Agensi Keselamatan Siber Nasional (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN), dengan kerjasama Alpine Integrated Solution Sdn Bhd, akan menganjurkan Cyber Defence & Security Exhibition and Conference (CYDES) 2021. Acara ini akan diadakan pada 28 hingga 30 Jun 2021 dalam format maya sepenuhnya. CYDES 2021 melengkapi Malaysia Cyber Security Strategy (MCSS) 2020-2024 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 12 Oktober 2020 dengan mengumpulkan pakar tempatan dan antarabangsa, serta produk dalam keselamatan siber dengan mewujudkan pendekatan bersatu dalam melaksanakan MCSS.

CYDES juga akan menjadi platform bagi mempamerkan kepakaran, produk, dan teknologi canggih untuk memerangi ancaman siber semasa dan masa hadapan, dengan memfokuskan kepada kerajaan, penguatkuasaan undang-undang, dan ketenteraan, serta komuniti industri dan akademik, dengan tujuan untuk melindungi rangkaian infrastruktur kritikal negara.

Ini akan berfungsi sebagai penghubung strategik antara kerajaan Malaysia dan industri keselamatan siber dalam mencapai hasrat, objektif, dan tujuan MCSS. Penganjuran pameran dan persidangan bertaraf dunia ini akan memperlihatkan kemampuan Malaysia sebagai peneraju di Asia Tenggara di samping meningkatkan keyakinan pelabur asing.

Disamping itu, platform perkongsian awam – swasta ini juga dapat meningkatkan pelaburan dengan mengetengahkan peluang dalam industri keselamatan siber dan pertahanan,  sekaligus mewujudkan faedah untuk ekonomi negara. Dengan jumlah anggaran seramai 2500 pengunjung, CYDES 2021 akan menerima para hadirin yang pakar dalam keselamatan siber dari kalangan pegawai kerajaan, ketenteraan, penguatkuasa undang-undang dan sektor swasta.

CYDES 2021 akan menampilkan penyertaan dari Australia, Brunei, Estonia, China, Indonesia, Jepun, Rusia, Singapura, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Negara-negara ini akan diwakili oleh ahli panel dan peserta pameran serta penaja dari BAE Systems Applied Intelligence, Beyond Trust, FireEye, Heitech Padu, Huawei, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Microsoft, Palo Alto Networks, Primary Guard x Cloudflare, System Consultancy Services (SCS) dan TM One.

Di samping pameran ini, terdapat 2 persidangan khas iaitu ASEAN Cyber Security Forum (ACSF), yang berjalan selama 3 hari yang akan menampilkan pakar-pakar terkemuka dari seluruh dunia yang menyampaikan ucaptama yang merangkumi topik-topik mengenai Pelan Tindakan ASEAN dalam Pelaksanaan Norms of Responsible States Behaviour in Cyberspace, Cyber Defence & Diplomacy and also Cyber Security Local Industries.

Selain itu, Agensi Keselamatan Siber Nasional (NACSA) akan menganjurkan Forum Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) membincangkan 12 trek yang relevan dengan Infrastruktur Maklumat Nasional Kritikal termasuk Keselamatan 5G, Penerbangan, Kecerdasan Buatan, Keselamatan Awan, Penyelarasan untuk Menangani Jenayah Siber, Kesedaran Keselamatan Siber, Darkweb, Transformasi Digital, Industri Tempatan, Maritim, Ransomware dan Zero Trust. Forum MCSS akan berlangsung pada hari kedua dan ketiga CYDES 2021.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai CYDES 2021, sila lawati www.cydes.my

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut