OPERASI PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP 3.0 SEKTOR PERUNCITAN DI DAERAH PONTIAN, JOHOR

PONTIAN, 23 Jun 2021 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Pontian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah melaksanakan Operasi  Pematuhan SOP Sektor Peruncitan di daerah Pontian.

Secara keseluruhannya, Operasi Pemantauan SOP PKP berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku. Pihak Penguatkuasa KPDNHEP dan MKN Negeri Johor telah memberi teguran keras kepada premis yang terlibat bagi menambahbaik prosedur protokol kesihatan umum yang telah ditetapkan dan memastikan supaya SOP yang berkuatkuasa sentiasa dipatuhi.

Semoga usaha dan operasi bersepadu seperti ini dapat meningkatkan lagi pematuhan orang ramai terhadap SOP semasa yang berkuat kuasa.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

KPDNHEP JOHOR
Sumber gambar : Tim Pematuhan MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut