PROGRAM LAWATAN PENGARAH KESELAMATAN NEGERI MKN JOHOR KE DAERAH SEGAMAT

SEGAMAT, 23 Jun 2021 – Pengarah Keselamatan Negeri MKN Negeri Johor telah mengadakan Lawatan Kerja ke Daerah Segamat bagi meninjau perjalanan operasi di lapangan oleh jabatan / agensi barisan hadapan (frontliners). Lokasi-lokasi yang terlibat ialah di kawasan Operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Desa Temu Jodoh, Labis, Bilik Gerakan PDRM PKPD Wah Cens Plastic Industries dan Rainbow Metal Sdn. Bhd., Buloh Kasap, Bilik Gerakan PKOB di Taman Suria, Buloh Kasap, SJR Simpang Felda Pemanis dan PPV Dewan Serbaguna Jalan Genuang, Segamat.

Turut hadir menyertai lawatan ini ialah Ketua Polis Daerah Segamat, Tuan Supt. Raub bin Selamat, Pegawai Memerintah Rejimen Ke-4 Artileri Diraja, Kem Segamat, Johor, Leftenan Kolonel Mohammad Idham bin Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Segamat, Dr. Zaid bin Kassim, wakil Pegawai Daerah Segamat, En.Mohamad Ruzaili bin Azmi, Pegawai Penerangan Daerah Segamat, En. Nor Sofian bin Abdul Manan dan wakil Pegawai APM Segamat, LTM (PA) En.Zaidi bin Zainal.

Dalam lawatan tersebut, taklimat ringkas mengenai pengoperasian di SJR, Bilik Gerakan PKPD, Bilik Gerakan PKOB dan PPV telah diberikan oleh jabatan/ agensi yang berkenaan.

MKN Negeri Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jabatan/ agensi yang telah memberikan kerjasama dan komitmen padu dalam menjayakan program lawatan ini.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut