LAWATAN PEMATUHAN SOP PKP (SEKTOR PENGILANGAN DAN PEMBUATAN) OLEH PASUKAN PEMANTAU BERSEPADU BERPUSAT DARI PELBAGAI AGENSI DI DAERAH GERIK

HULU PERAK, 21 Jun 2021 – Lawatan Pemantauan Pematuhan SOP secara sinergi telak dilaksanakan di daerah ini bagi memantau pengoperasian sektor pengilangan dan pembuatan.

Program yang berlangsung secara bersepadu ini telah melibatkan beberapa agensi di Hulu Perak seperti PDRM, MDG, PKD, MKN, KPDNHEP dan beberapa wakil daripada pengamal media.

Hasil lawatan mendapati, kesemua kilang telah berdaftar untuk beroperasi semasa pelaksanaan PKP ini dalam CIMS 3.0 (MITI) dan dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu.

Segala protokol kesihatan yang penting telah dipatuhi oleh pihak majikan dan pemantauan di asrama pekerja turut dilaksanakan serta mendapati bahawa tempat tinggal yang disediakan oleh majikan tidak terlalu sesak dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Majikan juga dinasihatkan untuk menubuhkan Emergency Response Team(ERT), yang bertindak sebagai pasukan penyelaras sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 di tempat kerja.

Pihak majikan, pemilik premis dan pekerja digesa untuk terus mematuhi SOP dalam usaha kita bersama bagi mengekang penularan COVID-19.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut