TINJAUAN MKN JOHOR KE PPV INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN) MOBIL DI SMK FELCRA BUKIT KEPONG, PAGOH

MUAR, 20 Jun 2021 – Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV IJN Mobil di SMK Felcra Bukit Kepong, Pagoh yang beroperasi bermula 19 Jun hingga 21 Jun 2021. PPV IJN Mobil merupakan PPV IJN Mobil yang pertama terdapat di Malaysia dan Negeri Johor merupakan destinasi pertama PPV IJN Mobil ini sebelum bergerak ke negeri-negeri lain.

Seramai 37 orang petugas kesihatan IJN yang terdiri daripada Doktor Pakar, Jururawat dan Pegawai Sokongan Kesihatan turut serta dalam pengoperasian PPV IJN Mobil yang menyasarkan seramai 1,500 orang penerima vaksin warga emas dan OKU di kawasan Bukit Kepong dan sekitarnya.

Sebanyak 1 unit bas dan 1 unit treler yang dilengkapi dua (2) ruang vaksinasi dan satu (1) ruang ICU ditempatkan di PPV IJN Mobil di SMK Felcra Bukit Kepong, Pagoh. Seramai 554 orang telah menerima vaksin di PPV IJN Mobil pada hari ini.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah Muar, Pejabat Kesihatan Daerah Muar, APM, RELA, Southern Volunteers dan Warga SMK Felcra Bukit Kepong.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di daerah Muar.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat diteruskan bagi memastikanΒ #ImunitiKelompok akan segera tercapai sekaligus mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKitaΒ dan #KitaMasihBelumMenang

Β  Β 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut