PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK) DAERAH TANGKAK, JOHOR

 

TANGKAK, 18 Jun 2021 – Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak telah melaksanakan program outreach PICK Daerah Tangkak yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Bukit Serampang, Tangkak. Seramai 300 orang penduduk yang terdiri daripada golongan tua dan komorbid di kawasan sekitar telah menerima vaksin.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat diteruskan bagi memastikan #ImunitiKelompok akan segera tercapai sekaligus mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar: Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …