TINJAUAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) KEDUA DAERAH MUAR DI DEWAN SERBAGUNA PAGOH

MUAR, 10 Jun 2021 – Pada hari ini Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kedua Daerah Muar di Dewan Serbaguna Pagoh. PPV Dewan Serbaguna Pagoh ini dijangka dapat membantu penduduk setempat di kawasan berhampiran untuk mendapatkan vaksin. PPV Dewan Serbaguna Pagoh ini telah beroperasi bermula pada 6 Jun 2021 dan dijangka mampu memberikan vaksin kepada sekurang-kurangnya 400 orang penerima vaksin secara harian.

Diharapkan usaha dan kerjasama semua pihak ini akan mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia sekaligus imuniti kelompok dapat dibentuk dengan lebih cepat. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

   
 
 
         

Artikel/Berita Terkini

KPDN SERBU STOR KUARI SIMPAN 8,155 LITER DIESEL TANPA PERMIT

RAMPAS: Pegawai KPDN merampas lebih 8,000 liter minyak diesel tanpa permit. TUARAN: Kegiatan menyimpan lebih 8,000 liter minyak diesel tanpa …

LEBIH BANYAK INISIATIF PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN UNTUK SABAH

TERIMA KASIH: Hajiji menyampaikan cenderahati kepada Muhammed Taufiq semasa kunjungan itu. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengalu-alukan komitmen Kementerian Belia dan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 Program Jualan RAHMAH MADANI Parlimen Tasek Gelugor DUN Sungai Dua telah diadakan di Masjid Jamek …