DBKL KOMPAUN 22 PREMIS YANG TIDAK PATUH SOP PKP 3.0 DAN LANGGAR SYARAT LESEN PBT

KUALA LUMPUR, 8 JUN 2021 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan tindakan khas terhadap 22 premis yang tidak patuh SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan langgar syarat lesen di sekitar pusat bandar utara dan Pasar Harian Selayang, Kuala Lumpur pada 3 hingga 5 Jun 2021 baru-baru ini.

 

Menerusi taskforce ini, pemantauan dan pemeriksaan oleh DBKL terhadap 22 buah premis yang menjalankan pelbagai aktiviti melibatkan perniagaan borong buah-buahan, sayuran, barangan runcit, barangan am sejuk beku termasuk premis mengunakan pekerja warga asing tanpa kebenaran yang sah (warga negara Myanmar).

 

Sejumlah 22 notis kompaun menerusi Peraturan 16, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 melibatkan kesalahan terhadap pemilik premis yang gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan dengan tidak mematuhi waktu operasi premis perniagaan yang telah ditetapkan telah dikeluarkan.

 

Tindakan penguatkuasaan juga melibatkan pengeluaran 3 kompaun kepada pemilik premis kerana mengajikan pekerja tanpa kebenaran yang sah di bawah UUK 20(1)(b), Undang-Undang Kecil Pelesenan Dan Tred 2016 dan 1 notis kompaun terhadap sebuah premis yang membuat halangan di lorong belakang premis melalui Seksyen 69(3), Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974.

Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta SOP DBKL dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

DBKL turut mengingatkan kepada semua pemilik premis perniagaan dan individu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari masa ke semasa sehingga tamat tempoh pkp dikuatkuasakan.Sebarang aduan, warga kota boleh menyalurkan kepada pihak dbkl secara atas talian seperti link yang telah disediakan:

http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eapps/system/index.do

 

Sumber: https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

JKDM SABAH RAMPAS MINUMAN KERAS DALAM LIMA KONTENA BERNILAI LEBIH RM1.9 JUTA

RAMPAS: Mohd Nasir menunjukkan rampasan minuman keras semasa sidang media di sini. KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah …
Maklumat Lanjut

DUN SABAH LULUS TIGA RUU

BENTANG: Hajiji ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 pada Persidangan DUN Sabah. KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) …
Maklumat Lanjut

MCMC SEDANG MENGESAN INDIVIDU TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI AI YANG MENYUNTING GAMBAR SEHINGGA MENGAIBKAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL

MCMC SEDANG MENGESAN INDIVIDU TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI AI YANG MENYUNTING GAMBAR SEHINGGA MENGAIBKAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL Suruhanjaya Komunikasi dan …
Maklumat Lanjut