COVID-19 MOBILE VACCINATION UNIT, PPV PERTAMA BERKONSEP MOBILE DI MALAYSIA DAN JOHOR

MUAR, 9 Jun 2021 –  COVID-19 Mobile Vaccination Unit adalah merupakan PPV pertama yang menggunakan konsep mobile (unit bergerak) di Malaysia dan merupakan inisiatif inovatif oleh Pejabat Daerah Muar, dengan kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Muar dan disokong oleh Syarikat Bas Ekspress Mayang Sari.

Pada hari ini, bertempat di Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam,  sedang berlangsung proses pemberian vaksin kepada para penerima vaksin dan seramai 200 orang penerima dijangka akan menerima vaksin. Pemberian suntikan vaksin tersebut akan diteruskan sehingga hari Ahad sebelum unit bergerak tersebut bergerak ke mukim-mukim lain di daerah Muar.

Proses pemberian vaksin pada hari ini telah disaksikan oleh Pegawai Daerah Muar, YBrs. Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Haji Shamsudin yang diiringi oleh Pegawai Kesihatan Daerah, YBrs. Dr. Nooraida binti Ujang, Ketua Polis Daerah Muar, YBrs. Tuan ACP Zaharudin bin Rasit, Penghulu Mukim Ayer Hitam, YBrs. Tuan Afezan bin Yahya, pemilik Mayang Sari Ekpress Sdn. Bhd., YBhg. Dato’ Azman bin Arof dan wakil Ketua-Ketua Jabatan agensi yang terlibat.

Semoga inisiatif ini akan mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia sekaligus imuniti kelompok dapat dibentuk dengan lebih cepat. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

   
 
 
 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut