TINJAUAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) KEDUA DAERAH KLUANG

KLUANG, 8 Jun 2021 – MKN Negeri Johor telah berkesempatan untuk membuat tinjauan ke PPV Kedua Daerah Kluang di Dewan Orang Ramai Simpang Renggam. Para penerima vaksin mula sampai di lokasi PPV seawal jam 8.00 pagi. Dianggarkan seramai 300 – 400 orang akan menerima vaksin secara harian di PPV tersebut.
Kerajaan sedang berusaha keras dalam memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam masa terdekat. Untuk membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-samalah kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …