PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) ASTRAZENECA PERSADA JOHOR KINI MULA BEROPERASI

JOHOR BAHRU, 7 Jun 2021 – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Astrazeneca Persada Johor mula beroperasi pada hari ini dengan 1,000 janji temu yang dijadualkan. PPV Persada Johor mempunyai kapasiti untuk menyuntik sehingga 3,000 orang sehari. Berdasarkan tinjauan MKN Negeri Johor, proses pemberian vaksin pada hari pertama ini berada dalam situasi terkawal dan berjalan lancar. Para penerima vaksin dilihat berpuas hati dan gembira dengan proses pemberian vaksin. Diharapkan proses pemberian vaksin berjalan lancar sehingga 27 Julai 2021. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …