Satu tinjauan telah dilaksanakan di Karnival Jualan Rakyat yang letaknya bersebelahan Maybank Bandar Seri Permaisuri, Cheras bagi memantau keadaan dan aktiviti serta tahap pematuhan masyarakat khususnya para pengunjung dan penjual yang masing-masing mengunjungi dan berniaga di karnival ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
Berdasarkan kepada tinjauan di lapangan, mendapati bahawa pemilik karnival telah mempersiapkan ruang Karnival selaras dengan SOP yang diperuntukkan oleh MKN, sebagaimana berikut;
- Pintu masuk: Pengunjung hanya boleh masuk melalui pintu utama Karnival
- Signage makluman SOP & Kod QR: Signage berkenaan Pematuhan SOP, Kod QR untuk imbasan dan garisan penjarakan fizikal atas lantai ada ditampal/ditandakan di kawasan laluan masuk Karnival
- Jarak Antara Meja Makan Pengunjung: Tidak kurang daripada 1.5 meter antara setiap satu meja
- Pintu Keluar: Pengunjung hanya boleh keluar melalui satu laluan keluar khas yang ditetapkan
Secara keseluruhannya, rata-rata pengunjung yang hadir maklum akan SOP yang digariskan bagi mengunjungi pusat jualan sebegini. Namun demikian, ada beberapa perkara yang dilihat dipandang remeh sama ada oleh pemilik Karnival, peniaga atau pengunjung di Karnival ini:
- Pemilik karnival kurang menempatkan Petugas Keselamatan yang mencukupi.
- Laluan sehala seharusnya disediakan pada kesemua ruang pejalan kaki bagi mengekalkan penjarakan fizikal antara pengunjung. Kesannya, dalam banyak keadaan, pengunjung, terutamanya yang membawa satu keluarga dan anak-anak kecil, kelihatan bersesak-sesak semasa berjalan dari satu gerai ke gerai yang lain.
- Pengunjung kebanyakannya meletakkan pelitup muka di bawah dagu. Anak-anak kecil langsung tidak memakai pelitup muka dan paling dikesali perkara ini dipandang enteng oleh ibu-bapa mereka.
- Tapak Karnivalย yang kecil dengan kepadatan gerai jualan yang banyak serta kekurangan tempat parkir kenderaan, telah menjadi faktor kepada ketidakpatuhan penjarakan fizikal oleh para pengunjung.
Pemantauan pematuhan SOP akan giat dijalankan oleh pihak berwajib dari masa ke semasa.