LAWATAN PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP DI BAZAR RAMADAN DAERAH PENGKALAN HULU

PENGKALAN HULU – Sesi lawatan pemantauan pematuhan SOP di bazar ramadan di sini telah dilaksanakan hasil sinergi bersama IPD, PKD, RELA dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Hasil tinjauan mendapati sistem pendaftaran keluar / masuk di kawal selia dengan baik oleh pihak PBT. Pengunjung yang datang dari arah laluan yang disediakan beratur dengan sabar dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Selain itu, laluan sehala yang ditetapkan di dalam bazar ini sangat membantu dalam mengurangkan kesesakan. Jika sekiranya tertinggal belian, pengunjung perlu membuat satu pusingan penuh. Laluan keluarΒ  juga dibuat berasingan bagi mengelakkan pertembungan.

Namun, masih ada pengunjung yang membawa masuk bayi dan kanak-kanak. Ayuh bersama kita mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha mengekang penularan COVID19.

#KitaMestiMenang
#MKN50

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut