Masjid Tanah – Situasi perjalanan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Belia dan Sukan, Masjid Tanah tenang dan terkawal. Seramai 90 orang telah menerima suntikan vaksin Covid19 sehingga jam 12.00 tengahari tadi yang terdiri dari penduduk sekitar daerah Alor Gajah.
Petugas-petugas barisan hadapan dan para sukarelawan yang terpilih turut terlibat membantu perjalanan dan proses penerimaan suntikan vaksin pada hari ini. Tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Suasana dalam dewan kelihatan tersusun.
Tahniah kepada penerima vaksin pada hari pertama fasa ke-2. 





Lindung Diri. Lindung Semua.

