Dewan Alamanda, Jasin – Seramai 105 orang telah menerima suntikan vaksin Covid19 pada hari pertama fasa ke-2 (19 April 2021) Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan. Difahamkan, seramai 195 orang telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin pada hari ini di Dewan Alamanda. Turut hadir, YBhg Pegawai Daerah Jasin.
Terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang turut sama membantu golongan warga emas sepanjang tempoh urusan sedang berjalan.
Tahniah kepada penerima vaksin
Bersama kita putuskan rantaian penularan wabak pandemik Covid19.
Lindung Diri. Lindung Semua.