Pengoperasian PPV Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang

George Town , 19 April 2021 – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan Balik Pulau, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah mula beroperasi pada hari ini. Petugas-petugas yang terlibat adalah daripada Agensi Kerajaan dan sukarelawan yang terpilih. Kebanyakan penerima pada hari pertama ini adalah terdiri daripada golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). Orang ramai yang belum mendaftar sebagai penerima vaksin digalakkan berbuat demikian secepat mungkin menerusi aplikasi MySejahtera atau menerusi laman web di www.vaksincovid.gov.my. Turut hadir sama memantau pengoperasian PPV COVID-19 ini adalah Dato’ Dr. Asmayani bt. Khalib, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

#MKN50
#LindungDiriLindungSemua

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut