TASK FORCE PEMATUHAN SOP @ ALIVE AGAIN

Tim Task Force Pematuhan SOP MKN WPKL telah melaksanakan tinjauan ke atas penganjuran persembahan secara langsung iaitu ALIVE AGAIN. Tujuan utama aktiviti pemantauan ini diadakan adalah untuk melihat persiapan dan perjalanan program yang telah dirancang oleh pihak penganjur berdasarkan SOP Industri Kreatif – Acara Langsung di kawasan PKPB termasuklah kepatuhan para penonton di dalam suasana norma baharu.

Berdasarkan hasil tinjauan di lapangan mendapati bahawa PR Worldwide Sdn Bhd selaku penganjur konsert tersebut dilihat telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM/MKN, seperti penjarakkan fizikal untuk kedudukan para penonton, penetapan laluan keluar masuk, penyediaan makanan secara berbungkus dan sebagainya. Secara keseluruhannya, penganjuran persembahan secara langsung ini boleh dijadikan sebagai program rintis oleh penggiat seni untuk menghidupkan semula industri hiburan dalam suasana norma baharu dan pematuhan SOP yang ketat.

Penetapan 50% kapasiti penonton bagi sesuatu acara persembahan secara langsung dilihat amat wajar dalam usaha kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 selain membantu penggiat seni yang terkesan akibat daripada pandemik Covid-19. Kawalan rodaan secara berkala di dalam dewan persembahan khususnya di tempat duduk penonton perlu dilaksanakan bagi memastikan para penonton sentiasa mematuhi SOP khususnya pemakaian pelitup muka dan penjarakkan fizikal dipatuhi.

 

Artikel/Berita Terkini

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …

ESSCOM REKOD TINDAKAN, RAMPASAN RM407,644 DI BELURAN

RAMPASAN: Antara barang rampasan yang diperoleh dalam operasi berkenaan. BELURAN: Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari …