TAKLIMAT SUKARELAWAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN NEGERI MELAKA

2 April, Ayer Keroh – Program Taklimat Sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin telah diadakan bertempat di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh. Program tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman dengan lebih jelas dan terperinci mengenai Program Imunisasi COVID-19 dan sebagai suntikan semangat kepada para sukarelawan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu petugas-petugas Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di 29 lokasi Pusat Pemberian Vaksin Negeri Melaka. Menurut Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka, Encik Mohd Nasrul bin Menhat, sukarelawan perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi selain mempunyai niat yang baik dan murni untuk berganding bahu bersama petugas barisan hadapan dalam berjuang memerangi COVID-19. Program Imunisasi merupakan program terbesar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebagai satu pendekatan untuk membendung penularan wabak penyakit COVID-19 bagi mencapai keimunan berkelompok dalam kalangan masyarakat dan juga bukan warganegara yang menetap di Malaysia.

Menurut sumber akhbar Berita Harian  pada 19 Februari 2021, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin berkata, kira-kira 3,000 petugas kesihatan dan kira-kira 10,000 sukarelawan dari sektor bukan kesihatan diperlukan bagi menyokong kelancaran program imunisasi terbesar negara.

Program Pemberian Vaksin bagi Fasa 2 akan bermula pada 17 Februari ini melibatkan golongan berisiko tinggi dan warga emas. Seramai 170 individu non medical telah mendaftar sebagai sukarelawan Program Imunisasi COVID-19 Negeri Melaka.

Turut hadir dan menyampaikan taklimat adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Noorman Ramlan, Pegawai Kesihatan, JKN Melaka iaitu Dr Nur Baizura Abdul Ghafur dan Dr Siti Nadiah Mohamad Mohsin.

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut