PULAU PINANG, 1 April 2021 – YB Khairy Jamaluddin berkesempatan berjumpa dengan YAB Chow Kon Yeow bagi saling bertukar pandangan dan perancangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Dalam lawatan kali ini, YB Khairy Jamaluddin telah melawat salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Fasa 2 bagi Daerah Timur Laut, Kompleks Masyarakat Penyayang untuk melihat persediaan PPV tersebut. Beliau turut mempengerusikan bersama YAB Chow Kon Yeow, Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Pulau Pinang yang diadakan di KOMTAR.