SEBERANG PERAI , 22 Mac 2021 – Program Malaysia Prihatin telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato’ Mansor bin Haji Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Beliau turut menyampaikan taklimat dan penerangan berhubung inisiatif kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 dan pentingnya pemvaksinan kepada masyarakat untuk kesejahteraan hidup. Program ini telah berlangsung di Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai.