AYUH JADI SUKARELAWAN MYVAC!

 

Rakyat Malaysia yang berminat untuk menyumbang bakti dan terlibat di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini boleh berbuat demikian melalui inisiatif Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC), bertujuan membantu petugas barisan hadapan dalam urusan penyampaian vaksin kepada penerima. Pendaftaran MyVac yang kini dibuka kepada orang ramai mulai hari ini melalui laman web www.myvac.com.my.

MyVac terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Orang ramai boleh mendaftar satu daripada dua kategori yang ditawarkan iaitu sebagai sukarelawan am dan sukarelawan perubatan. Sukarelawan MyVac akan ditugaskan di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di seluruh negara. Mereka juga boleh memilih lokasi dan masa mengikut kelapangan masing-masing. Satu sesi latihan secara maya juga akan diberikan kepada sukarelawan yang memenuhi kriteria.

Sumber:-

FB Kementerian Belia dan Sukan https://www.facebook.com/myKBSMalaysia

FB Jabatan Penerangan WPKL https://www.facebook.com/JabatanPeneranganWPKL

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut