AKTIVITI PEMANTAUAN DAN HEBAHAN PEMATUHAN SOP DI TAMAN – TAMAN AWAM

 

Pada 6 Mac yang lalu, satu Program Pemantauan dan Hebahan Pematuhan SOP telah dijalankan secara bersepadu oleh Jabatan Penerangan Malaysia WPKL dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Keselamatan Negara WP Kuala Lumpur (MKN WPKL), Angkatan Pertahanan Awam (APM) Wilayah Persekutuan, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di dua lokasi tumpuan awam iaitu di Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Permaisuri, Cheras.

Objektif program ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap kepatuhan dan kesedaran orang awam terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dititikberatkan semasa menjalankan aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan terbuka bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri.

Seawal jam 8.00 pagi, semua agensi terlibat beserta wakil media mula berkumpul di pintu masuk Taman Tasik Titiwangsa untuk satu taklimat ringkas. Seterusnya, aktiviti pengedaran pelitup separuh muka telah diagihkan kepada para pengunjung yang hadir mula dijalankan. Hebahan am berkenaan peri pentingnya penjarakan fizikal 1 – 3 meter, pemakaian pelitup muka sebelum dan selepas aktiviti bersukan serta penjagaan kendiri semasa beriadah juga diberikan serentak dengan program pemantauan ini.

Sekitar jam 9.30 pagi, Tim Pematuhan dan Hebahan Pematuhan SOP bergerak ke Taman Tasik Permaisuri. Ketibaan pasukan ini disambut oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Dato’ Kamaruddin Jaffar merangkap Timbalan Menteri Kementerian Luar Negeri. YB Dato’ juga turut serta dalam menjayakan inisiatif pemantauan dan hebahan pematuhan SOP serta pengedaran pelitup muka secara percuma kepada penduduk yang sedang menjalankan aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan itu. Program ini tamat pada jam 11.00 pagi

Secara kesimpulannya, adalah diharapkan supaya kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam SOP Am bagi Sektor Sukan dan Rekreasi ini hendaklah disambut baik dan dizahirkan dengan pengamalan dan pematuhan SOP yang tinggi dalam kalangan orang awam dan penggiat industri sukan bagi mengekang penularan virus COVID-19 semasa dan selepas berlangsungnya setiap aktiviti sukan dan rekreasi di tempat terbuka atau tertutup secara latihan.

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …