MAJLIS PERASMIAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN PETUGAS BARISAN HADAPAN DAN AGENSI LUAR (NON-KKM), PERAK TENGAH, PERAK

PERAK TENGAH, 9 Mac 2021- Satu majlis perasmian Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi petugas barisan hadapan dan agensi luar (non-KKM) Daerah Perak Tengah telah dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah dan dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd.Nizar bin Haji Zakaria, Ahli Parlimen Parit.

YB Dato’ Mohd. Nizar bin Haji Zakaria juga turut disuntik vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Seri Iskandar, bersama 11 orang penerima vaksin terdiri daripada YB Khairudin Abu Hanipah ADUN Belanja, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Pegawai APM Daerah Perak Tengah, tiga orang Ketua Balai Bomba di Daerah Perak Tengah, Pegawai RELA Daerah Perak Tengah serta Pegawai-pegawai agensi utama (non-KKM) di Daerah Perak Tengah.

Program turut dihadiri oleh Pn.Rozalinawati binti Che Rosli, Pegawai Daerah Perak Tengah, Dr.Hjh.Ruzita Mustafa, Pegawai Kesihatan Daerah Perak Tengah serta Pegawai daripada MKN Perak.

Sejumlah 396 orang telah divaksin daripada 568 penerima dalam Fasa 1 di Daerah Perak Tengah setakat 9 Mac 2021. Bagi orang awam yang masih tidak mendaftar sebagai penerima vaksin, ayuh segera daftarkan diri anda melalui aplikasi MySejahtera.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …