OPERASI BERSEPADU PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

Melaka Tengah, 4 Mac – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Melaka dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menjalankan operasi bersepadu ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI) di dua lokasi berasingan sekitar  Bandaraya Melaka melibatkan kekuatan seramai 118 pegawai dan anggota pelbagai agensi penguatkuasa.

Pemeriksaan dijalankan berdasarkan kepada aduan awam. Jumlah keseluruhan diperiksa adalah seramai 145 orang dan 16 orang telah ditahan. Kesemua mereka yang ditahan berumur lingkungan 25 hingga 45 tahun.

Objektif utama operasi ini dilaksanakan adalah untuk mengesan dan membanteras kebanjiran warga asing khususnya PATI dan juga menjurus kepada mengenal pasti dan mengesan mana-mana individu yang cuba melindungi PATI dengan mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada mereka. Pemeriksaan dilakukan meliputi sekitar kawasan tumpuan terhadap warga asing yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen1959/63 bagi membanteras kebanjiran PATI sejajar dengan tujuan penguatkuasaan demi memelihara kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang pemeriksaan dilakukan dan semua anggota operasi mengikut SOP yang telah ditetapkan.

#MelakapatuhSOP

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …