KETUA MENTERI SABAH TERIMA SUNTIKAN VAKSIN C19

KOTA KINABALU, 4 MAC: Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di Dewan Serbaguna, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) sebelum melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah.

Beliau berkata, program imunisasi yang sedang berlangsung adalah sebahagian daripada fasa pertama program itu khusus untuk barisan hadapan yang terdiri daripada pekerja perubatan dari Kementerian Kesihatan dan juga kakitangan bukan perubatan.

Turut menerima vaksin ialah Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat, Shahelmey Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Dr Zulkapli Mohamed; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi.

Dengan kejayaan program ini, diharapkan rakyat negeri Sabah lebih yakin menerima suntikan vaksin dan mampu mencapai imuniti kelompok iaitu 80 peratus rakyat perlu disuntik dengan vaksin Covid-19.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …