TINJAUAN PENGARAH KESELAMATAN NEGERI, MKN PERAK KE SJR FELDA BERSIA

GERIK– 3 Februari 2021, satu tinjauan telah dilakukan oleh PKN Perak, Tuan Khairul Ridzuan Bin Mat Said bersama beberapa pegawai dari MKN Perak ke SJR Felda Bersia dan PKOB Bandariang. Tujuan lawatan adalah untuk melihat perjalanan operasi PKPD Felda Bersia yang berkuatkuasa bermula hari ini sehingga 16 Februari 2021 serta mendapatkan maklumat berkaitan di lapangan.

Taklimat ringkas berkenaan lokasi – lokasi kawalan di Felda Bersia telah disampaikan oleh pihak IPD Gerik dan ATM 4RS. Manakala di PKOB, taklimat disampaikan oleh APM dan JKM Hulu Perak.

Tinjauan seterusnya dilakukan ke pos – pos kawalan ‘Jalan Tikus’ bersama – sama pihak PDRM dan ATM.

Semoga dipermudahkan segala urusan para petugas kita di lapangan.

 

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut