PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP DI PREMIS PASAR RAYA BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

AYER KEROH, 15 Januari – Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Encik Mohd Nasrul Menhat telah membuat tinjauan di sebuah pusat membeli belah hari ini mendapati semua penyewa mematuhi segala SOP yang ditetapkan oleh MKN.

Terdapat kedai-kedai pakaian,  salon dandanan rambut, pusat refleksologi di dalam pusat membeli belah ini  tidak beroperasi kecuali premis yang berada dalam sektor yang dibenarkan sahaja beroperasi.

 

Dalam pemantauan selama satu jam mendapati, semua premis yang dilarang beroperasi semasa pelaksanaan PKP tidak menjalankan peniagaan. Premis yang beroperasi antaranya adalah ‘essential service’ seperti farmasi dan makanan yang hanya dihadkan untuk ‘take away’ dan tidak dibenarkan makan di dalam restoran sama seperti premis di luar.

Artikel/Berita Terkini

‘SETIAP SEN DISALUR AMANAH DARIPADA RAKYAT’ – AMINUDDIN

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan supaya berintegriti dalam pengurusan dana kerajaan. Menteri Besar Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut

KPDN NEGERI SEMBILAN GEMPUR 25 PREMIS JUALAN LANGSUNG

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan terhadap 25 premis jualan langsung menerusi …
Maklumat Lanjut

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut