OPERASI TINDAKAN KHAS PUSAT HIBURAN

KUALA LUMPUR, 24 DISEMBER 2020Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dengan kekuatan seramai 12 orang pegawai dan 33 orang lain-lain pangkat telah melaksanakan Operasi Tindakan Khas Pusat Hiburan di Jalan Radin Tengah, Seputeh dan Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail pada jam 9.00 malam tadi dan berakhir jam 2.00 pagi 25 Disember 2020.

Operasi khas ini melibatkan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan terhadap 4 buah premis di 2 buah lokasi terbabit berkaitan pengoperasian pusat hiburan yang melanggar syarat lesen dan lain-lain kesalahan.

Tindakan menutup premis hiburan telah dilaksanakan terhadap 4 buah premis, 3 notis pemberitahuan kertas siasatan (IP) dan 3 tindakan notis tutup premis (sealed) di bawah Seksyen 17 Akta Hiburan (WPKL) 1992 dan 1 tindakan notis tutup premis di bawah Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta tindakan sita ke atas 10 unit pelbagai peralatan hiburan (komputer riba, monitor, mixer, microphone dan Lighting Controller).

Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992 dan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta mengikut bidang kuasa dan S.O.P DBKL.

“Operasi seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa”

#kualalumpurkitapunya

#klbandarku

Sumber: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut