KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN FAS

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN FOOTBALL ASSOCIATION OF SELANGOR (FAS) KE MKN SELANGOR

 

SHAH ALAM – Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor telah menerima kunjungan daripada YBrs Dr. Johan Kamal Hamidon, Setiausaha Aging FAS dan Encik Mahfizul Rusydin bin Abdul Rashid, Pengurus Pasukan Selangor di pejabat.

Dalam kunjungan ini, pelbagai isu telah dapat dibincangkan terutamanya pelaksanaan latihan dan persediaan pasukan Selangor dalam menghadapi musim Liga Super Musim 2021 semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuaskaan merupakan topik utama perbincangan. Beberapa perkara telah dapat diselaraskan bagi memastikan Pasukan Selangor dapat meneruskan latihan dan mengekalkan prestasi dalam setiap perlawanan.

MKN Selangor mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pengurusan FAS dalam mematuhi SOP PKPB yang berkaitan. Semoga Pasukan Selangor @RedGiant dapat mengungguli setiap perlawanan dan mengekalkan prestasi untuk kekal berada di tangga teratas bolasepak Malaysia di masa akan datang.

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …