TAHNIAH JAWI!

Satu tinjauan oleh Tim Pemantauan Pematuhan PKPB MKN WPKL telah dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) bagi melihat pematuhan ke atas Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung pernikahan yang dilaksanakan. Tinjauan tertumpu kepada beberapa perkara seperti berikut:

1) Pematuhan kepada SOP wajib bagi pengunjung premis;

2) Jumlah kehadiran tetamu;

3) Penjarakan sosial (social distancing);

4) Keadaan serta kesesuaian tempat;

5) Pengawasan; dan

6) Perlaksanaan majlis

Perlaksanaan majlis pernikahan yang dikoordinasikan oleh pihak JAWI adalah terkawal dan mengikut semua aspek SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Penyediaan tempat pernikahan dan pengawasan kepada jumlah ahli keluarga atau jemputan yang hadir amat dititik beratkan oleh pihak pengurusan JAWI agar menepati semua aspek pematuhan SOP. Pihak JAWI telah menyediakan 3 kawasan yang melibatkan kawasan terbuka berkemah, ruang pejabat dan surau yang diselaraskan menepati SOP pernikahan.

Setiap pernikahan juga akan diselia oleh pihak pengawal keselamatan yang dilantik oleh pihak JAWI bagi mengawal/memastikan pasangan pengantin, keluarga serta jemputan mematuhi SOP semasa pernikahan dilaksanakan. Pihak JAWI juga dilihat melakukan sanitasi ke atas semua peralatan/kelengkapan pernikahan seperti kerusi dan meja setelah sesuatu pernikahan selesai dijalankan.

Perlaksanaan pernikahan yang lebih mudah dan ringkas tanpa mengabaikan syarat-syarat wajib nikah yang mengambil masa 10 ke 15 minit ini amatlah praktikal dan memudahkan pasangan, keluarga serta pihak pengurusan itu sendiri. Pendekatan pihak JAWI yang menggunakan kakitangan JAWI sebagai saksi pernikahan juga dilihat dapat mengurangkan jumlah tetamu yang hadir atau penglibatan individu luar sebagai saksi bagi satu-satu pengurusan pernikahan.

Pasangan, ahli keluarga dan jemputan yang hadir untuk majlis pernikahan juga dilihat memberikan kerjasama yang baik dengan mematuhi SOP yang telah digariskan oleh kerajaan dan pihak JAWI. Selain daripada itu, terdapat 23 buah masjid di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya yang telah diberi kelulusan untuk melaksanakan pernikahan dengan mengikut SOP yang digariskan.

#KitaJagaKita

#NormaBaharu

#COVID19

 

 

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut