YAB PM TINJAU PKPD MEDAN 88 SEPANG

 

YAB Perdana Menteri telah meluang masa untuk meninjau pelaksanaan PKPD di Medan 88 di bandar Sepang pada 10 November 2020. Semasa lawatan tersebut, beliau telah diberikan taklimat oleh Pegawai Daerah Sepang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berkaitan pelaksanaan PKPD di kawasan tersebut. YAB Perdana Menteri telah dibawa melihat pelaksanaan aktiviti saringan yang dilaksanakan kepada penduduk-penduduk kawasan PKPD. YAB Menteri Besar Selangor turut mengiringi YAB Perdana Menteri dalam lawatan tersebut.

Sesi lawatan ini turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita dan Kemajuan Masyarakat, Ketua Pengarah NADMA, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Pengarah MKN Negeri Selangor dan ketua-ketua jabatan yang terlibat dalam pengurusan COVID-19 di negeri Selangor.

Semenjak awal bulan Oktober 2020, peningkatan kes jangkitan COVID-19 dikesan di sekitar daerah Sepang dan trend ini membimbangkan jika tiada kawalan awal, Sehubungan ini, kerajaan telah meluluskan pelaksanaan PKPD di kawasan sekitar bandar Sepang bermula pada 10 November 2020 dan berakhir pada 24 November 2020.

 

 

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut