KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER 2020 (SELASA) – DBKL melalui Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar telah membantu melaksanakan kerja-kerja santasi nyahkuman di Balai Polis Setiawangsa.
Kerja-kerja ini bermula dari jam 2:30 petang melibatkan seramai 19 orang petugas kesihatan yang diketuai oleh Dr Mohamad Aiman. Kawasan yang disantasi meliputi bilik dokumentasi, bilik siasatan, bilik Black Maria, bilik tahanan, kaunter terima aduan, ruang rehat pekerja dan lobi.
Ini adalah untuk memastikan premis ini bebas daripada gejala kuman khususnya Covid-19. DBKL amat peduli dengan keselamatan petugas, pengunjung yang berada di premis seumpama ini.
Disamping melaksanakan kerja sanitasi pada hari ini, DBKL juga memberikan penerangan tentang peralatan, bahan, tatacara nyahkuman kepada anggota di balai tersebut. Agensi-agensi awam adalah digalakkan untuk membuat program nyahkuman mereka sendiri dengan bantuan tunjuk ajar oleh DBKL.
Sumber: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur



