Covid-19 & Makanan

Seorang pekerja kedai Kek premium dikesan positif Covid-19. Perlukah semua kek dan makanan di premis tersebut dibuang?

Jawapannya TIDAK PERLU. Premis hanya perlu membuat disinfeksi persekitaran seperti meja, kerusi, lantai. Makanan yang ada boleh di simpan dengan kaedah penyimpanan yang selamat ( peti sejuk )

✔️ Sehingga kini, TIADA bukti yang menunjukkan jangkitan boleh berlaku dari makanan atau bekas makanan.

✔️Cara utama penyebaran adalah,

1. Secara langsung – kontak dengan titisan air tubuh / pernafasan (batuk, selsema)

2. Secara tidak langsung – kontak dengan permukaan yang telah tercemar dengan virus dan kemudianya tersentuh mata atau hidung.
.

Namun , ia bukannya tiada risiko langsung, tetapi jauh lebih rendah berbanding penyebaran secara langsung.

Mengapa makanan bukan risiko utama penyebaran?

✔️ Virus covid TIDAK boleh mengganda didalam makanan seperti bakteria penyebab keracunan makanan.

✔️ Ia mungkin mati atau tidak dapat hidup lama akibat bahan bahan dalam makanan

✔️ Asid di perut memusnahkan virus sebelum ia sempat menjangkiti tubuh
.

Paling penting adalah pastikan anda jangan makan dengan jarak dekat dan jangan bersembang terlalu lama.

Sumber
https://www.fsai.ie/faq/coronavirus.html#employee_positive

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …