LAWATAN KERJA PENYELARASAN STESEN KUARANTIN COVID-19 PULAPEN TAIPING

Taiping, 28 Okt 2020– Bertempat di Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN) Taiping, Perak telah berlangsung Lawatan Kerja Penyelarasan Stesen Kuarantin Covid-19 pada petang tadi.

Lawatan kerja dihadiri Ybhg Tuan Shukri bin Saad (Pengarah Penjara Negeri Perak), Tuan Azahari bin Zaman (Komandan PULAPEN), DSP Mohd Sabri Bin Hj Bahazin (KBPD Taiping), DSP New Peter Leong (KBPJKKD Taiping), Dr Hairul Izwan B. Abd Rahman ( Pegawai Kesihatan Daerah Larut, Matang & Selama) dan En. Zairil (Peg APM Negeri Perak)

Program diadakan bagi membincang mewartakan asrama A & B pelatih2 anggota Penjara dijadikan Pusat Kuarantin Sementara bagi banduan-banduan yang telah dibebaskan dari Penjara di Negeri Perak. Selain itu, banduan-banduan yang dibebaskan yang mempunyai kontak rapat dengan banduan positif Covid-19 semasa di dalam penjara sahaja akan ditempatkan di Pusat Kuarantin Pulapen untuk saringan oleh pihak KKM sebelum dibenarkan pulang ke tempat masing-masing. Pihak Polis akan memastikan kawalan keselamatan di pusat kuarantin dan tindakan di bawah Akta 342 bagi sebarang pelanggaran akta.

Program berjalan dengan lancar dan baik.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …