PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI PINTU DI KUALA LUMPUR

 

PEMBAYAR cukai pintu yang berhadapan ketiadaan penyewa premis akibat penularan wabak COVID-19 boleh membuat permohonan dikecualikan cukai taksiran tersebut.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, insentif itu bagi mengurangkan beban yang dihadapi pembayar cukai susulan premisnya tidak menjana sebarang pendapatan berikutan kosong.

“Saya ada terima syor supaya bantuan yang lebih luas diberikan kepada pembayar cukai pintu dan ini juga pernah dibawa dalam Parlimen.

“Dalam bidang kuasa kita, pembayar cukai yang dapat buktikan (premis) tidak disewa atau tidak menjana pendapatan akibat daripada masalah COVID-19 boleh membuat permohonan kepada bandaraya dan akan dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar Pengumuman Khas Inisiatif Wilayah Cakna 3.0. Mengulas lanjut, kata Annuar, insentif tersebut susulan Datuk Bandar Kuala Lumpur mempunyai kuasa untuk mengecualikan pembayaran cukai pintu bagi premis yang tidak disewakan atau kosong yang mana ia berpunca daripada masalah COVID-19.

Jelas beliau, perkara itu juga sudah dikaji dan prosesnya akan diperincikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. 

Sumber: WilayahKu

Gambar: Ihsan laman web Kementerian Wilayah Persekutuan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …