Pemantauan Pematuhan SOP Negeri Perak

Pemantauan pematuhan SOP yang dilakukan secara berkala ini lebih tertumpu kepada premis-premis perniagaan sekitar negeri Perak seperti pasaraya, restoran, kedai runcit, bank dan lain-lain lagi. Ini bagi memastikan pematuhan SOP seperti penggunaan aplikasi MySejahtera, mesin pengimbas suhu, cecair pembasmi kuman, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di dalam premis dapat dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan pelanggan premis tersebut bagi mengelak peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Pada masa yang sama, orang ramai turut diingatkan untuk terus bersama-sama mengamalkan kebersihan diri dan meminimumkan pergerakan ke tempat-tempat awam yang sesak agar penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan dengan kadar segera.

#kitajagakita
#flattenthecurve

Artikel/Berita Terkini

INFO KESIHATAN: TIPS JAGA JANTUNG UNTUK KEKAL SIHAT

Penyakit jantung antara pembunuh utama di Malaysia. Mulakan tekad untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi memastikan jantung kita sentiasa sihat …
Maklumat Lanjut

LEBIH SATU JAM ‘LAWAN’ BUAYA TEMBAGA

Jasin – Seekor buaya tembaga dianggarkan seberat lebih satu tan dan sepanjang 4.5 meter berjaya ditangkap sekumpulan nelayan di Pantai …
Maklumat Lanjut

MASJID BAHARU UNTUK PENDUDUK SERKAM

Serkam – Kemudahan masjid baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam di Serkam Darat, kini sedang dalam pembinaan bakal memberikan …
Maklumat Lanjut