DBKL BANTU TINGKATKAN SIMPANAN DARAH

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan kempen menderma darah sempena dengan Sambutan Hari Penguatkuasa yang ke 51 pada 6 Oktober 2020.

YBhg. Datuk Haji Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah sudi hadir dan turut sama menderma darah yang diadakan di Lobi Menara 3, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Program ini turut dihadiri oleh Pengarah – Pengarah Eksekutif DBKL, serta Pegawai-Pegawai Kanan DBKL.

Program anjuran Jabatan Penguatkuasaan DBKL dengan kerjasama Pusat Tabung Darah Negara ini merupakan acara tahunan bagi membantu menambah bekalan darah di Pusat Darah Negara di samping meningkatkan kesedaran kepentingan menderma darah. Hampir 156 penderma termasuk orang awam telah menyertai program berkenaan.

#SayangiKualaLumpur

#WilayahPrihatin

Sumber: FB DBKL

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut