TASKFORCE MENBPBKL

KUALA LUMPUR – Telah berlangsung pada 6 Oktober 2020 penyerahan surat lantikan kepada wakil-wakil agensi yang menganggotai Taskforce Menjana Ekonomi Baharu Pasar Borong Kuala Lumpur (MENBPBKL) bertempat di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL).

Taskforce ini bertujuan untuk memastikan pemborong yang berurusan di PBKL mematuhi undang-undang dan peraturan kerajaan terutamanya Akta Kerja 1955 serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif kepada warga tempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keanggotaan taskforce ini terdiri daripada jabatan dalaman DBKL iaitu Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Peniaga; Jabatan Penguatkuasaan dan Institut Latihan DBKL.

Manakala agensi luar terdiri daripada Perkeso; JTKWPKL, LHDN dan Konsortium PBKL. Surat lantikan telah disampaikan oleh Datuk Ibrahim bin Yusoff, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL.

Sumber: FB DBKL

Artikel/Berita Terkini

DAH ADA TuJu? JOM TuJu!

Sebelum gerak, semak dulu! Rancang perjalanan dan pantau trafik lebuh raya di hujung jari anda. TuJu menyediakan navigasi perjalanan serta …

DARIPADA MINAT MENJADI RINGGIT

Pada era digital yang serba moden ini, hobi tidak lagi sekadar mengisi masa lapang. Slogan “Daripada Minat Menjadi Ringgit” kini …

SUKAN DINIKMATI, KECEDERAAN DIHINDARI

Sukan dan aktiviti fizikal merupakan komponen penting dalam rutin harian untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, dan produktif. Amalan bersukan …