JOM KE TAMAN WETLAND PUTRAJAYA

Cuba teka di mana anda boleh melihat kecantikan dan keunikan burung-burung ini secara dekat?

Jawapannya mestilah di Tasik Angsa, Taman Wetland Putrajaya! Tasik Angsa atau lebih dikenali sebagai Swan Lake merupakan antara ‘favourite spot’ para pengunjung di Taman Wetland Putrajaya.

Taman Wetland Putrajaya telah mula dibina pada bulan Mac 1997 dan siap sepenuhnya pada Ogos 1998. Tanggal 2 Februari 1999 merupakan tarikh bersejarah bagi pembinaan wetland Putrajaya apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri pada ketika itu telah merasmikan taman ini sebagai taman awam bersempena dengan Hari Wetland Sedunia.

Taman Wetland Putrajaya berkeluasan 197.2 hektar ini telah mendapat pengiktirafan sebagai wetland buatan manusia yang terbesar di antara negara-negara Tropika dan juga wetland buatan manusia yang pertama di Malaysia. Pelbagai spesies flora dan fauna yang akan anda jumpa di Taman Wetland Putrajaya.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat Black Swan, White Pelican, Egyptian Goose dan Painted Stock diberi makan pada jam 11.00 pagi dan 4.00 petang setiap hari!

????? ??????? ???? ???

Sebaik sahaja Black Swan dilahirkan (menetas), ia akan terus memperoleh pasangan dan akan setia kepada pasangannya sehingga mati. Patutlah di beberapa negara, burung ini dianggap sebagai lambang kesetiaan dan simbol kasih sayang.

 

 

Sumber: FB Perbadanan Putrjaya 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut