Latihan Simulasi Di Kawasan Tumpuan Rekreasi, Mantapkan Pengoperasian Anggota Bomba

GOPENG- Pasukan Special Tactical Operation And Rescue Team Of Malaysia (STORM) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Utara telah mengadakan latihan pengoperasian di kawasan Gua Tempurung selama lima hari melibatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Komander Operasinya, Mohamad Yunus Abu berkata, latihan tersebut dijalankan sebagai satu persediaan anggota Bomba menghadapi kemungkinan jika berlaku kemalangan di kawasan tersebut.

Katanya, sepanjang 19 hingga 23 September, pihaknya melakukan tiga latihan simulasi yang mana ianya melibatkan trek larian sepanjang 25 kilometer, aktiviti di dalam gua dan aktiviti lasak di dalam air ‘water rafting’.

Kesemua aktiviti ini dijalankan supaya anggotanya sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Latihan tersebut melibatkan 150 orang yang terdiri daripada anggota dari negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Perlis dan pegawai dari akademi Tronoh.

Sumber : Perak Today

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …