Latihan Simulasi Di Kawasan Tumpuan Rekreasi, Mantapkan Pengoperasian Anggota Bomba

GOPENG- Pasukan Special Tactical Operation And Rescue Team Of Malaysia (STORM) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Utara telah mengadakan latihan pengoperasian di kawasan Gua Tempurung selama lima hari melibatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Komander Operasinya, Mohamad Yunus Abu berkata, latihan tersebut dijalankan sebagai satu persediaan anggota Bomba menghadapi kemungkinan jika berlaku kemalangan di kawasan tersebut.

Katanya, sepanjang 19 hingga 23 September, pihaknya melakukan tiga latihan simulasi yang mana ianya melibatkan trek larian sepanjang 25 kilometer, aktiviti di dalam gua dan aktiviti lasak di dalam air โ€˜water raftingโ€™.

Kesemua aktiviti ini dijalankan supaya anggotanya sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Latihan tersebut melibatkan 150 orang yang terdiri daripada anggota dari negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Perlis dan pegawai dari akademi Tronoh.

Sumber : Perak Today

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut