KOLAM BIRU @ ROL

 

Mungkin ramai yang belum tahu atau belum sempat melawat Projek River Of Life (ROL) yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

ROL juga dikenali sebagai Projek Sungai Nadi Kehidupan merupakan satu projek untuk menghidupkan Sungai Klang dan Sungai Gombak dalam bandar, mengubahnya sebagai kawasan yang berkembang maju dengan nilai ekonomi dan komersil melalui pembersihan dan pengindahan sungai serta pembangunan tanah. 

Indahnya pemandangan ROL pada waktu malam!

Projek ROL dengan keunikan kolam birunya terletak di Masjid Jamek iaitu pertembungan Sungai Klang dan Sungai Gombak dihiasi keindahan lampu-lampu yang terang dan suasana berkabus pada waktu malam pasti akan mempersonakan anda.

Selain itu, laluan baharu khas untuk pengayuh basikal sepanjang tiga kilometer dari Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) bakal siap sepenuhnya tidak lama lagi. Anda juga boleh  mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan bangunan besar di tepi ROL yang dihias dengan lukisan mural yang cantik.

Tempat ini pasti menjadi lokasi kesukaan anda di kuala lumpur !

Jom apa lagi!

Ihsan gambar:  jomjalan.com.my dan https://klfoodie.com

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …